BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 18, 2009

MUTIARA KATA


“Create your future from your future, not your past.”
~Werner Erhard

“Cipta masa depan anda daripada masa depan, bukan daripada masa silam”.

Apa pendapat anda mengenai mutiara kata ini? Apabila anda mahu mencapai sesuatu dalam hidup anda, adakah anda membuatnya berdasarkan kejayaan dan kegagalan di masa lepas atau berdasarkan sesuatu yang anda ingin capai di masa hadapan?

Mesej utama mutiara kata ini ialah masa lepas anda bukanlah kayu pengukur tahap kejayaan yang bakal anda kecapi di suatu masa akan datang. Jika semua ahli keluarga anda tidak berpendidikan tinggi, ia tidak bermakna anda akan ikuti jejak langkah yang sama. Jika kebanyakan ahli keluarga anda dan saudara mara anda bersifat panas baran dan mudah hilang sabar, ia tidak bermakna anda juga begitu.

Masa lepas atau silam adalah sesuatu yang sudah berlalu. Jika anda mahu berjaya di masa akan datang, fikirkan dengan sejelas-jelasnya apa yang anda mahu capai itu dan mulakan cara hidup seolah-olah anda sudah mencapai apa yang anda idamkan itu tadi.


“Mulakan hari anda dengan bersyukur dan anda akan lihat semua perkara yang membuat anda bersyukur datang kepada anda sepanjang hari.
~Osman Affan~”

Pernahkah anda rasa semua benda yang anda lakukan sepanjang hari tidak menjadi? Contohnya, anda terlewat bangun. Semasa hendak mandi, anda terjatuh kerana lantai licin. Semasa hendak memakai baju, butang baju tersangkut dan baju anda koyak sedikit. Apabila anda hendak menaiki kenderaan, kenderaan anda rosak. Apabila anda sampai ke tempat anda belajar, anda dimarahi kerana lambat. Apabila anda hendak mengambil buku, buku anda tertinggal….. dan bermacam-macam lagi sepanjang hari.

Hmmm…. tentu anda boleh bayangkan apa rasanya….. ini ada satu petua�yang sangat hebat untuk anda. Tentu anda pernah dengar “you are what you think about”, maksudnya anda adalah apa yang anda fikirkan. Namun ada lagi sambungan kepada ayat ini, “you attract to you what you think about”, maksudnya, anda tarik ke dalam hidup anda apa-apa sahaja yang anda fikirkan.

Jika anda mulakan hari anda dengan fikiran dan perasaan marah, anda akan jumpa semua perkara yang membuat anda marah sepanjang hari. Jika anda mulakan hari anda dengan fikiran dan perasaan benci, anda pasti akan jumap semua benda yang membuat anda rasa benci dan marah sepanjang hari. Jadi, bagaimana harus ada mulakan hari anda?

Hari ini, senaraikan semua perkara yang membuat anda rasa bersyukur. Anda mungkin rasa bersyukur kerana anda masih ada ibu bapa, bersyukur kerana ibu bapa menyayangi anda, bersyukur kerana berjaya memasuki universiti, bersyukur kerana ada ramai kawan baik, bersyukur kerana dikurniakan kebijaksanaan dalam berfikir dan bersyukur kerana apa sahaja dalam hidup anda. Rasa bersyukur ini menimbulkan satu rasa tenang dalam�hati�anda. Bukan sahaja rasa tenang, malah anda rasa gembira dan bersemangat.

Apabila anda bangun tidur pada waktu pagi, baca senarai ini dan rasakan kegembiraan disebabkan rasa bersyukur ini. Senyum dan rasa gembira. Insyaallah, anda akan rasa hasil yang sangat menakjubkan sepanjang hari. Selamat mencuba. Selamat bersyukur!



Buka minda untuk menerima ilmu. Ilmu mudah diterima dengan minda yang terbuka.
~Osman Affan~

Ada 3 perkara yang anda perlu jaga apabila anda sedang belajar sesuatu daripada seseorang.

  1. Jangan anggap anda lebih pandai daripada beliau. Jika anda rasa anda lebih pandai, anda tidak akan pelajari apa-apa. Tambahan pula, jika anda lebih pandai, mengapa anda sedang belajar sesuatu daripada beliau?
  2. Jangan jatuhkan air muka atau memalukan beliau. Ada kalanya orang yang mengajar tersilap cakap atau terlupa apa yang hendak diperkatakan. Jangan ketawakan atau memandang rendah kepada beliau. Ingat, anda sedang belajar. Apabila beliau merasa malu atau terhina, anda tidak akan diajar dengan hati yang terbuka. Anda yang akan rugi, bukan beliau.
  3. Walaupun apa yang diterangkan oleh beliau anda sudah tahu, anda tidak perlu menunjuk-nunjuk. Maksudnya, anda tidak perlu sibuk cuba menunjukkan yang anda sudah tahu dengan berkata “ha, saya dah tau�yang tu.” atau “benda ni saya dah pandai, takyah cerita pun takpe” dan sebagainya.

Selamat menuntut ilmu. :)





Sahabat yang baik umpama memori yang indah. Memori yang indah sentiasa menceriakan, menenangkan dan dan memberikan semangat.
~Osman Affan~

Anda boleh berjaya dengan cemerlang jika anda bekerja sendirian. Namun anda akan berjaya dengan lebih cemerlang dengan lebih mudah jika anda mendapat pertolongan sahabat-sahabat anda. Seingat-ingat saya, saya ada ramai sahabat baik yang telah membantu saya untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran bermula dari sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan juga universiti.

Hargai sahabat baik anda kerana mereka akan memainkan peranan yang penting dalam hidup anda. Jadilah seorang sahabat yang baik agar anda juga dapat menyumbang ke arah kejayaan sahabat-sahabat anda.




Jika anda hanya memandang pada peluang yang melintas di depan anda, ia pasti akan meninggalkan anda. ~Osman Affan~

Peluang tidak selalu datang dalam hidup anda. Lebih buruk lagi jika anda melepaskan peluang yang anda ada. Selalunya anda akan kesal kerana melepaskan sesuatu peluang selepas ia telah berlalu.

Begitu juga dengan pelajaran. Ia merupakan satu peluang yang berdiri di depan anda. Jika anda lepaskan peluang itu dengan tidak belajar bersungguh-sungguh, peluang itu pasti meninggalkan anda. Sedar-sedar nanti, apabila anda sudah bekerja dan menghadapi kesukaran untuk maju, anda terasa menyesal kerana membiarkan peluang belajar tadi meninggalkan anda…….



Tuesday, November 17, 2009

Kembara DPLI

Kembaraku DPLI













Programku
Explorace














Group Ko K DPLI














High Tea SMKDP 08